Paying a visit to shrines and temples to pray for happiness on New Year's Day

11.15.2013

Cycling

CENTRAL SELATAN

Menuju tiba tahun baru, lazimnya orang ramai akan melawat tempat suci Shinto atau kuil Buddha untuk mendapat berkat nasib yang baik pada tahun baru. Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu-satunya cara untuk mendapat nasib yang baik. Anda boleh menikmati pelbagai pengalaman menarik seperti makanan yang sedap, memakai pakaian yang menarik dan sebagainya. Kali ini, kami akan membawa anda ke tempat suci Fushimi Inari, Kuil Sennyu-ji dan kawasan Kyoto Station. Cara terbaik untuk melawati dan menikmati keindahan Kyoto adalah dengan menaiki kereta api. Justeru, nikmati penerokaan Kyoto dan bawa nasib yang baik sebanyak mungkin di sana.

Course

map

1Tempat suci Fushimi Kandakara-Jinja

Tempat suci Shinto terletak dekat dengan pintu gerbang Senbon-Torii di kuil Fushimi Inari-Taisha. Ia mempunyai kaitan rapat dengan naga.

  • Alamat:15 Fukakusa-Sasayama-cho, Fushimi-ku, Kyoto Jepun.
  • Buka:8:00a.m.-17:00p.m.
  • Akses:15 minit berjalan kaki daripada Stesen Inari di JR Nara Line
    : 15 minit berjalan kaki daripada Stesen Fushimi-Inari di Keihanhonsen Line.

2Tarikan berdekatan di Tempat Suci Fushimi Inari-Taisha

Tarikan di hadapan Tempat Suci Fushimi Inari-Taisha, terdapat barisan kedai yang menjual cenderamata dan restoran tradisional Jepun.

3Sohonke Hogyoku-do

Biskut ‘Inari Senbe’ berperisa miso putih dan bijan dalam bentuk muka musang. Salah satu cenderamata yang amat dikenali dalam kalangan pengunjung asing untuk dibawa pulang.

  • Alamat27 Fukakusa-Ichinotsubo-cho, Fushimi-ku, Kyoto, Japan
  • Buka:7:30a.m.-19:00p.m. , 365 hari setahun.
  • Akses:5 minit berjalan kaki daripada Stesen Inari dalam laluan JR Nara.
    :Hanya jarak dekat berjalan kaki daripada Stesen Fushimi-Inari dalam Keihanhonsen Line.

4Kuil.Unryu-in

Anda boleh menyalin sutra Buddha selepas anda membersihkan diri di kuil.

  • Alamat:36 Sennyu-ji Yamanouti-cho Higasiyama-ku Kyoto-shi
  • Buka:9:00a.m-17:00p.m.(kaunter tiket tutup pada pukul 16:30p.m. jika anda mahu menyalin sutra Buddha anda perlu masuk sebelum pukul 15:30p.m.)
  • Akses:20 minit berjalan kaki daripada Stesen Tofukuji dalam JR Nara Line, Line Keihan.
  • Websites:http://www.unryuin.jp/

5Bandar Kuil sekitar Stesen Kyoto

Terdapat banyak kedai lama yang masih wujud menjual barangan penganut agama Buddha dan barangan lain sekitar Kuil Higashi dan Kuil Nishi Honganji di kawasan Stesen Kyoto

6Yagi Butsugu-ten (kedai peralatan yagi buddha)

Diasaskan pada 1790. Anda boleh mendapatkan gelang tasbih penganut agama Buddha setiap hari.

  • Alamat:324 Karasuma-Kado, Kamijyuzuya-cho, Shimogyo ku, Kyoto, Jepun
  • Buka:10:30a.m.-17:00p.m.
  • Akses:8 minit jalan kaki daripada pintu keluar Stesen Karasuma-chuo JR Kyoto
  • Websites:http://www.omairiyasu.com/

Malay translation by Kyoto University of Foreign Studies

Kyoto iitoko (Kyoto good places) web” is the information board for all those who are interested in Kyoto.
There you can find information about places to eat, to buy souvenirs, and see attractions and seasonal events.
For foreign tourists, “Kyoto Short Trip College Edition” is the multilingual board translated by the students of the
Multilingual Shops Group in Kyoto University of Foreign Studies.
We I'll strive to expand our college edition henceforth.

Maklumat ini adalah betul pada Disember 2011.